Syarat

CARA MENDAFTAR DAN SYARAT

Cara mendaftar:

  • Semua warganegara Malaysia berumur
    21 tahun ke atas layak mendapatkan
    perkhidmatan profesional daripada Syarikat
    Impiana Sdn Bhd.
  • Pelanggan perlu mengisi secara lengkap borang
    maklumat peribadi yang disediakan.
  • Selepas sistem menerima maklumat peribadi
    pelanggan, tempoh satu minggu akan
    diperlukan sebagai tempoh proses.


Syarat dan terma:

  • Tempoh tiga bulan adalah jangka masa
    yang dipersetujui antara pelanggan dengan
    Syarikat Impiana Sdn. Bhd. sebagai tempoh
    merealisasikan impian.
  • Semua jenis impian dapat dicapai dan tiada
    sebarang had pengecualian dikenakan.
  • Sepanjang tempoh itu, pelanggan dikehendaki
    mempersetujui dan mematuhi segala peraturan
    yang tertera dalam surat pemberitahuan yang
    akan diterima dari masa ke semasa.
  • Syarikat berhak melakukan apa jua cara bagi
    memastikan impian pelanggan tercapai.
  • Segala bayaran akan dicaj kepada akaun
    pelanggan sebelum memulakan tempoh tiga
    bulan merealisasikan impian pelanggan.