TESTIMONI
Saya begitu berpuas hati dengan perkhidmatan
Syarikat Impiana. Dalam masa tiga bulan seperti yang
dijanjikan, ia berjaya mengubah rupa saya. Saya
mengimpikan wajah secantik Neelofa dan ajaibnya, saya
yang dulunya hodoh dengan jerawat penuh di muka
dan gigi yang jongang, benar-benar berubah menjadi
cantik. Ramai rakan yang begitu terkejut dengan
penampilan baru saya. Mereka sendiri mengakui wajah
baru saya seiras Neelofa, wanita Melayu terakhir.
Terima kasih Syarikat Impiana!
Gambar ini adalah gambar saya sebelum
menggunakan krim jenama Impiana. Sebelum ini,
kulit saya sejak lahir lagi gelap berkilat macam papan
hitam. Malah sedari kecil saya digelar dengan gelaran
orang hitam. Semua jenis produk pemutihan di pasaran
pernah saya cuba tetapi semuanya tidak pernah
menjadi. Sehinggalah saya mencuba sendiri krim
jenama Impiana ini. Dalam masa tiga hari sahaja, kulit
saya berubah tona. Sungguh ajaib, bagaikan terkikis
sel-sel hitam pada kulit dan lihatlah sendiri perubahan
kulit saya! Kini sudah jadi seputih salju!
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Impiana.
Dahulu wajah saya bulat seperti belon. Pipi
tembam dan labuh. Macam-macam cara saya lakukan
bagi mengurangkan ketembaman pipi ini. Setiap hari
saya akan mengunyah 30 keping gula-gula getah. Saya
juga kerap kali mencuba produk-produk lain tetapi
tiada satu pun mampu membantu mengurangkan
ketembaman saya. Sehinggalah saya mencuba krim
Impiana. Dalam masa tiga hari sahaja, pipi saya tibatiba terasa kurang berdaging. Paling hebat, dalam
masa satu minggu sahaja muka saya jadi lebih bujur
sirih dan dagu juga semakin meruncing! Pendek kata
setaraf bentuk muka Erra Fazira! Terima kasih Impiana!
Previous
Next